Friday, 13 December 2013

Travelogue Jakarta Bandung 2013 year end

Travelogue Jakarta Bandung 2013 year end
Hari pertama Jumaat 29/11/2013

Saya, my lovely wife & daughter, Emak, Abah, Farah & Kamil terbang dari KLIA seawal pukul 8.40am. Rombongan kami semua seramai 24 orang yang diatur oleh Tabung Haji Travel & Tours.

Kami tiba di Soekarno Hatta International Airport pada pukul 9.45am waktu Indonesia (pukul 10.45am waktu Malaysia).

Selesai sahaja urusan Imigrasi & bagasi, kami semua disambut oleh pemandu pelancong kami, Bapak Ridwan. Orangnya (walaupun dipanggil Bapak) lebih muda daripada saya yang sudah mendekati 4-series ini.

Kami semua menikmati udara kotaraya Jakarta daripada dalam bas pelancong. Saya lihat keadaannya tidak banyak berbeza daripada tanah air Malaysia, traffic jam nya sama seperti di Kuala Lumpur mahu pun di Bintulu. Cuma yang berbeza, dalam keadaan traffic jam itu, kelihatan manusia2 yang cuba meraih rezeki dengan menjual newspaper, mainan kanak2, makanan & macam2 lagi kepada mereka yang sedang mengharungi traffic jam.

Di kaki jalan, terdapat banyak gerai2 makanan berkonsep kereta sorong, menjual pelbagai jenis juadah. Yang famous, macam biasalah, bakso (ejaan Indonesia - baso). Kalau di Malaysia kita makan nasi lemak, di Indonesia ia di panggil nasi udup.

Kami berhenti makan tengahari di rumah makan Simpang Raya, yang menyediakan sajian Minang. Hidangan yang paling memikat hati saya adalah telur rebus bebek (itik) dalam kuah lemak.

Di perkarangan rumah makan, terdapat orang mencari rezeki dengan menjual pelbagai cenderahati. Yang menarik perhatian saya adalah baju t-shirt dijual dengan harga 100,000 rupiah untuk 6 helai t-shirt. (1 t-shirt bernilai cuma ~ RM5 sahaja). Wow!

Kami solat jama' Zohor-Asar di surau di belakang rumah makan. Apa yang mengkagumkan saya adalah tandas nya amat bersih (jarang saya berdepan dengan situasi begini di tanah air).

Kami seterusnya dibawa pergi ke Taman Mini Indonesia (ratusan ekar) di mana kebudayaan semua etnik di Indonesia direalisasikan dalam bentuk rumah2 budaya (saiz rumah budaya adalah sama dengan saiz rumah asal). Daripada rumah budaya orang Aceh sehingga rumah budaya orang Irian Jaya, juga tempat ibadat orang Buddha hingga ke masjid (rumah ibadahnya bukan sekadar untuk pameran, bahkan ianya digunakan oleh penganut agama berkenaan), dan juga bangunan pusat pengetahuan berkenaan gas, petroleum, elektrik , kesemuanya mengundang rasa kagum saya. Mungkin Malaysia mahu meniru konsep yang serupa bagi tujuan pemeliharaan pengetahuan berkenaan budaya.

Selepas itu kami dibawa menuju ke kota Bandung yang jaraknya 140km dari kotaraya Jakarta. Perjalanan memakan masa hampir 3 jam (trafficnya perlahan, perjalanannya mendaki & juga singgah di RnR).

Di RnR, hidangan KFC 2 ketul ayam, nasi & minuman ringan bernilai 42,000 rupiah. Yang mengkagumkan saya di RnR adalah terdapat masjid yang besar, polis (polisi dalam bahasa Indonesia) yang menjaga traffic dan keselamatan & sumbangan ikhlas untuk masuk ke dalam tandas awam.

Menghampiri & memasuki kota Bandung mengundang rasa kagum saya. Paris of Java ternyata kota perniagaan yang sibuk dan terdapat begitu ramai manusia yang datang untuk melancong & bershopping (terutamanya orang Malaysia).

Kami dibawa makan malam di rumah makan Sunda Sangkuriang. Sebelum bertolak pergi ke hotel, bas kami disapa oleh penjual & penyanyi jalanan. Berlakulah kegiatan jual-beli dalam bas (bukan jual-beli dalam talian, haha). Sesudah itu, kami dibawa pergi ke Hotel Naval. Bilik nya selesa untuk kami bertiga dengan kadar 372,000 Rupiah (~ RM 110) untuk satu malam. Kami tidur senyenyak-nyenyaknya kerana kepenatan.



Hari kedua Sabtu 30/11/2013

Dimulai dengan breakfast di hotel. OK2 saja.

Di luar hotel, sudah ada penjual2 dengan barangan jualan mereka. Sebaik keluar hotel menuju bas, kami disapa oleh mereka (pedagang2 dalam bahasa Indonesia).

Kami menuju Tangkuban (terbalik dalam bahasa Sunda) Perahu. Perjalanannya mendaki dengan di kiri kanannya terdapat kedai2 kecil menjual ubi keledek madu, nanas madu & arnab2 yang di biar pada para2 yang terbuka. Dalam perjalanan, kami diceritakan berkenaan mitos legenda Tangkuban Perahu.

Hampir sejam, kami pun sampai di pintu masuk Tangkuban Perahu. Rombongan kami dibawa pula dengan 2 buah shuttle van.

Setibanya di puncak, kami dapati begitu ramai pelancong dan begitu ramai juga pedagang2. Bau sulfur menyengitkan hidung, namun rasa selesa pula dengan suhu dingin di puncak. Kami bergambar kenang2an berlatarbelakang kawah Tangkuban Perahu.

Dalam perjalanan ke kawasan letak kenderaan (parkir dalam bahasa Indonesia), kami terus disapa oleh pedagang2. Apalagi, berlakulah adegan jual-beli.

My lovely wife memilih untuk membeli momento di gerai berhampiran. Kagum bercampur pening kepala melihat my lovely wife. Orang perempuan memang mahir tawar-menawar.

Tips : tawar pada harga 50% rendah daripada harga asal. Kemudian, pandai2lah sehingga pembeli & penjual bersetuju dengan harga terakhir.

Saya makan jagung bakar (itupun diberi oleh Ibu saya), cucur jagung (sekeping berharga 3000 rupiah) dan minum kopi luwak instant (secawan berharga 5000 rupiah). Orang tempatan makan cucur jagung beserta cili padi! Saya enggak bisa!

Kami kemudian menaiki bas ke Hot Spring. Saya merendam kaki saya dalam air bersuhu 42 degree C. Hangat betul hingga merah kaki saya. Namun ianya melegakan.

Cuma, lain kali, saya perlu berhati2 dengan pedagang2 yang menawarkan aiskrim dengan kata2 yang aiskrim tersebut telahpun dibayar oleh ahli rombongan. Tak lama selepas habis makan aiskrim, si pedagang datang mengatakan aiskrim tersebut belum dibayar, sambil meminta duit (100,000 rupiah untuk 4 aiskrim saiz Cornetto) & kononnya meminta maaf. Saya terasa ditipu.

Sempat lagi saya melihat orang ramai mandi di kawasan mandi-manda yang disediakan. Sempat lagi saya main paintball dengan bayaran 35,000 rupiah.

Masuk waktu Zohor, kami dibawa makan tengahari di rumah makan Balibu. OK juga, cuma tandas & bilik solatnya kecil. Kami sekeluarga solat Zohor di Masjid Jamek berhampiran.

Selepas itu, kami melalui traffic jam (macet) yang lama sebelum sampai di Jeans Factory Outlet Toko Tiga. Tiada apa2 yang menarik perhatian saya kerana saya sebenarnya mencari jacket kulit pada harga murah. Terdapat seluar jeans 50% diskaun, memang murah harganya. Yang tidak berdiskaun, harganya lebih kurang sama di Malaysia. Saya membeli memento T shirt Bandung Parijs Van Java untuk ipar2 lelaki saya. Sebelah T shirt berharga 80,000 rupiah.

Di seberang jalan, terdapat kedai yang menjual kain ela. Ramai orang perempuan yang membeli di sana. Yang ini, saya memang kurang arif berkenaan kualiti kain & juga harganya.

Setelah lebih satu jam membeli belah, kami dibawa pergi makan malam di Kampiun Bistro. Saya suka konsep rumah makan tersebut, ada skuter & gambar2 berunsur authentic. Makanan nya pun OK.

Kami balik ke hotel dalam keadaan kepenatan. Packing barang untuk checkout esok pagi. Kemudian, tidur.

Saya fikir, selepas 24 jam berada di Bandung, saya suka kota ini.



Hari ketiga Ahad 1/12/2013
Selepas sarapan, kami checkout hotel & kesemua bagasi masuk dalam boot bas.

Akhirnya, saya membeli juga barangan yang saya inginkan. Jacket kulit hitam, dibeli daripada pedagang di perkarangan parkir hotel. Harga 150,000 rupiah.

Kami dibawa pergi shopping di Pasar Baru. Wah, macam2 barang jualan. Orang perempuan sibuk membeli telekung & kain ela. Yang lain2 membeli momento untuk keluarga, saudara-mara & rakan2 di tanahair.

Pasar baru ada 8 aras kesemuanya. 2 aras kebawah & 6 aras ke atas. Pasar Baru mengingatkan saya Pasar Payang di Kuala Terengganu & Pasar Rabu di Alor Setar.

Kami pergi membeli berpasang2 T shirt & seluar untuk anak2 saudara kami. 4 pasang berharga 100,000 rupiah. My lovely wife membeli kain ela Bandung silk bercorak ala2 batik (warna purple, saya suka betul warna & coraknya) dengan kadar 45,000 rupiah untuk 1 meter.

Sudah ada antara kami yang mula menukar Ringgit Malaysia ke Rupiah Indonesia di money changer Aras 3. Saya pun serupa juga. Belum sampai Jakarta, sudah menukar duit, haha.

Saya berbelanja pula di pasar yang menjual keropok2. Saya membeli dodol yang dibungkus sebesar bungkusan gula2. Saya beli sekilo dodol dengan harga 32,000 rupiah. Rasa dodol? Sedap!

Saya rasa kagum melihat warga Bandung mencari rezeki. Mereka berjual macam2 barangan. Barang mainan, tikar, barangan kulit, T shirt (6 helai, 110,000 rupiah, wow). Cuma kami agak rimas dengan orang yang meminta2 dan juga penyanyi jalanan.

Menaiki bas, kami dibawa makan tengahari di rumah makan masakan Padang bersebelahan dengan Kampiun Bistro. Makanannya OK.

Selepas masuk waktu Zohor, kami bertolak keluar dari kota Bandung menuju ke Jakarta. Saya secara jujurnya sukakan kota Bandung & mungkin akan datang ke sini lagi. Sempat saya bertanya dengan Mas Ridwan, tourist guide kami, bila agaknya kota Bandung ini tidak ramai pelancong? Katanya, kota Bandung sibuk sepanjang tahun dengan pelancong, bulan puasa saja yang kurang pelancong.

Selamat tinggal, Parijs Van Java..

Singgah di RnR untuk solat Zohor. Saya sempat makan mi bakso. Namun, agak menghampakan kerana saya dapati mi bakso Kota Kinabalu lebih meninggalkan kesan ingatan.

Sampai di kotaraya Jakarta lebih kurang pukul 4 petang melintasi Jakarta Welcoming Statue dengan pancuran air. Singgah di Thamrin Shopping Complex (Tanah Abang Baru). Shopping complexnya moden, berhampiran dengan hotel2 terkemuka seperti Mandarin Oriental, Grand Hyatt & Pullman.

Di Thamrin, saya tidak membeli apa2, Ibu saya membeli kain batik lepas (kebetulan tauke kedainya amat kurang mesra pelanggan) & kain telekung (Alhamdulillah, tauke kedai ini amat mesra pelanggan).

Selepas itu, kami dibawa makan malam di Restaurant Minang Salero Jumbo. Makanannya OK. Cuma ramai juga yang merungut sepanjang tour ini asyik makan kangkung & telur dadar saja (maklumlah, masakan Minang).

Finally, untuk hari ketiga, kami bermalam di Orchardz Hotel. Terdapat sedikit masalah ketika check-in untuk bilik kami bertiga. Namun, biliknya lebih luas berbanding dengan bilik Naval Hotel, Bandung & kualiti hotel secara keseluruhannya lebih baik.

No comments:

Post a Comment